Cogan kata sekolah ialah UNA MENTE. Perkataan ini berasal daripada Bahasa Latin yang membawa maksud satu pemikiran atau perpaduan.

Warna logo sekolah ialah emas dan hitam. Logo sekolah juga mengandungi sebatang pokok pinang, huruf GSS, ombak laut dan tiga kuntum bunga lili.

Huruf GSS ialah singkatan bagi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown dalam bahasa Inggeris iaitu Georgetown Secondary School. Pokok pinang pula membawa maksud bahawa sekolah ini terletak di negeri Pulau Pinang.

Ombak laut bermaksud Pulau Pinang dikelilingi dengan laut. Manakala, bunga lili membayangkan kesan sejarah Pulau Pinang yang pernah dikenali dengan nama 'Prince of Wales Island'.